Hadoro Paris Melancarkan Galaxy S9 Dan S9+ Versi Mewah
Artikel Berkaitan

Hadoro Paris Melancarkan Galaxy S9 Dan S9+ Versi Mewah

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Telefon-telefon pintar mewah dengan binaan emas, berlian atau juga titanium secara menyeluruh seringkali dilihat hadir pada iPhone. Hadoro Paris, yang sebelum ini melancarkan iPhone-iPhone mewah – kini menawarkan Samsung Galaxy S9 dan S9+ versi mewah untuk pengguna Android.

Hadoro mempunyai dua jenis Galaxy S9 mewah, satu dengan panel belakang yang diganti daripada kaca kepada Karbon Damascus dan satu lagi adalah daripada kuit buaya tulen. Untuk Galaxy S9 ia hadir dalam variasi 64GB, manakala bagi Galaxy S9+ ia hadir dengan variasa 256GB.

Karbon Damascus adalah kemasan gentian karbon yang tulen. Ia dibina oleh pakar dan melalui proses multi-lapisan untuk menghasilkannya. Sekali gus menjadikan Galaxy S9 ini mempunyai kemasan yang lembut seakan sutera.

Bagi versi kulit buaya pula, mereka dikatakan menggunakan kulit buaya yang tulen. Kulit buaya ini datang daripada Amerika Syarikat Tenggara dan kemudiannya dihantar ke Perancis untuk proses mewarnakan kulit tersebut secara manual. Kemasan kulit buaya ini turut mempunyai Karbon Damascus dikeliling peranti.

Hadoro Paris menawarkan harga bermula 2,900 sehingga 3,600 iaitu sekitar RM13,660 dan RM16,957 sahaja.

Jadi, jika anda hidup dalam dunia yang mewah dan mempunyai duit yang terlampau banyak – anda boleh habiskan dengan membeli Galaxy S9 versi mewah ini.


TIPS & ULASAN