Cari @ Amanz

Pada Mei lepas, Nokia Mobile telah memperkenalkan beberapa telefon pintar, dan salah satunya adalah Nokia 3.1. Kini, peranti berkenaan dilihat telah pun memasuki pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna yang berminat untuk mendapatkannya.

Nokia 3.1

Nokia 3.1 hadir dengan skrin 5.2-inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana cip MediaTek 6750, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Telefon pintar ini hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Nokia 3.1 juga hadir dibawah ekosistem Android One – menawarkan kemaskini perisian dan sekuriti dengan pantas, selain antaramuka asli Android tanpa penambahan kosmetik.

Bagi pengguna yang berminat, boleh mendapatkannya dalam pilihan warna biru, hitam atau putih pada harga RM655.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd