Huawei Bakal Memperkenalkan Sistem Pengecasan Pantas Berkuasa 40W

Huawei Bakal Memperkenalkan Sistem Pengecasan Pantas Berkuasa 40W

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Majori peranti pasaran sekarang masih lagi menggunakan sistem pengecasan berkuasa 18W. Sebuah bateri sebesar 3200 mAh boleh dicaj dalam masa kurang dua jam menggunakan teknologi ini. Peranti utama Huawei kini menggunakan sistem SuperCharge yang mengecas pada kuasa maksimum 22.5W. Peranti keluaran mereka mungkin akan dilengkapi sistem yang lebih pantas dengan kuasa maksimum 40W.

Pengecas baru yang masih lagi misteri ini telah melepasi senarai 3C di China. Ia dilihat mampu mengecas pada tetapan maksimum 10V/4A. Ini lebih pantas dari sistem sedia ada tetapi masih di belakang sistem SuperVOOC yang mengecas pada kuasa maksimum 50W (10V/5A). Mungkinkah ini pengecas untuk Mate 20 kelak yang menggunakan pemproses Kirin terkini? Jawapannya hanya akan dikethui apabila ia dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN