Ketika di medan perang, pesawat tempur akan digunakan bagi memberikan bantuan kepada askar infantri. Ini memerlukan mereka untuk terbang untuk jangak masa yang lama. Maka sistem pengisian minyak di antara pesawat ke pesawat dibangunkan sejak 1920. Pada awalnya paip minyak dicampak dan minyak diisi secara manual. Sistem semasa menggunakan sistem yang lebih kompleks tetapi masih memerlukan kendalian manusia.
Airbus walau bagaimanapun sudah berjaya menghasilkan sistem Automatic Air-to-Air (A3R) yang merupakan sistem swaisi minyak pertama di dunia yang telah diuji pada 20 Jun yang lalu. Dalam ujian sulung ini ia berjaya melakukan swaisi minyak sebanyak tujuh kali. Sistem ini akan digunakan pada pesawat Airbus A330 Multi Role Tanker Transport (MRTT).
Pada peringkat awal pengendali manusia akan mengawal boom pengisian minyak sebelum diambil alih oleh A3R. Dengan menggunakan sistem automatik ini, tekanan ke atas krew pada kedua-dua pesawat dapat dikurangkan sekaligus mengelakkan berlakunya kemalangan. Paling penting sekali sistem ini lebih pantas dan membolehkan pesawat pejuang kembali semula ke misi asal.