Swings Ialah Fon Telinga Nirwayar Merangkap Anting-Anting Yang Ditindik Terus Ke Cuping

Swings Ialah Fon Telinga Nirwayar Merangkap Anting-Anting Yang Ditindik Terus Ke Cuping

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Terdapat beberapa fon telinga bluetooth di pasaran yang mensasarkan golongan yang sudah bersedia untuk kehidupan nirwayar. Tetapi antara masalah menggunakan fon telinga nirwayar seperti AirPods ialah ia mungkin terjatuh dan hilang ketika melakukan aktiviti lasak. Bagi yang mempunyai kerisauan ini, Swings ialah fon telinga nirwayar untuk anda.

Swings mempunyai rekaan seperti anting-anting dan terpasang kemas pada cuping telinga yang telah ditindik. Oleh sebab itu tiada masalah ia tertanggal dengan mudah walaupun ketika bersukan. Apabila diperlukan, buah anting-anting yang mengandungi komponen audio dimasukkan ke dalam telinga. Sistem bluetooth 5.0 disokong bagi memudahkan tambatan ke pelbagai peranti tanpa mengira sistem operasi.

Menurut pembangun Swings, bateri yang disertakan boleh memberikan tempoh operasi sehingga 5 jam. Bagi yang berminat Swings sedang mengumpul dana secara biayasama dan boleh ditempah pada harga bermula $129 (~RM 522) sepasang.


TIPS & ULASAN