Pengguna Melaporkan Masalah Pada Kamera Google Pixel 2

Pengguna Melaporkan Masalah Pada Kamera Google Pixel 2

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Google Pixel 3 akan dilancarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi. Namun begitu, tidak dinafikan Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL masih lagi hebat dari prestasi dan juga mempunyai kualiti kamera yang digemari ramai. Terkini, pengguna melaporkan kamera pada Google Pixel 2 gagal berfungsi.

Melalui media sosial Twitter, seorang pengguna membuat kicauan melaporkan masalah ini. Daripada apa yang Google balas, mereka sedar akan masalah ini dan kemaskini membaiki masalah ini akan hadir tidak lama lagi.

Buat masa ini, Google menasihatkan untuk mengaktifkan mod kapal terbang jika ingin mengambil gambar. Sama-sama kita nantikan kemaskini yang akan membaiki masalah penting ini.


TIPS & ULASAN