Carian
Firefox Menguji Ciri Tema Gelap – Diselarikan Dengan Tema Gelap Pada Windows 10
July 13, 2018 Aman

Windows 10 mempunyai pilihan beberapa variasi tema, dan salah satunya adalah tema gelap. Kini, dengan populariti pelbagai aplikasi dengan sokongan tema gelap, Mozilla turut telah mulakan ujian pelayar web Firefox dengan sokongan tema berkenaan.

Ciri baru pada Firefox ini sedang diuji melalui Firefox Nightly – dimana sekiranya anda menetapkan pilihan tema desktop Windows anda kepada tema gelap, pelayar web Firefox juga akan mengikutnya.

Buat masa ini, ciri ini hanya berfungsi sekiranya anda menggunakan tema asal pada Firefox, dan bukannya sebarang Custom Theme.

Sekiranya ujian pada Firefox Nightly ini berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat ciri ini diperkenalkan pada versi akhir pelayar web berkenaan dalam masa terdekat.

Komen