Antaramuka Twitter Untuk Android Dikemaskini Dengan Talam Navigasi Di Bahagian Bawah

Antaramuka Twitter Untuk Android Dikemaskini Dengan Talam Navigasi Di Bahagian Bawah

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Kerap kali satu aplikasi yang sama mempunyai antaramuka yang berbeza apabila dibangunkan untuk sistem operasi yang berbeza. Hanya sejak tiga tahun kebelakangan ini dapat dilihat usaha menyeragamkannya. Hari ini tiba giliran aplikasi Twitter untuk Android menerima antaramuka baru yang lebih selari dengan antaramuka iOS.

Taman navigasi yang dahulunya di bahagian atas skrin diubah ke bahagian bawah. Susunan butang masih lagi sama dan ini sebenarnya memudahkan proses memilih melihat susur masa, melakukan carian, melihat mention dan membaca DM. Perbezaan yang paling ketara di antara versi Android dan iOS ialah butang mengarang kicauan pada Android masih di bucu bawah sebelah kanan. Di iOS ia pada bucu kanan atas.

Secara peribadi kami lebih menggemari antaramuka lama kerana sudah biasa menggunakannya. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz?


TIPS & ULASAN