Philips Lighting Dijenamakan Semula Sebagai Signify

Philips Lighting Dijenamakan Semula Sebagai Signify

Diterbitkan pada July 14, 2018 oleh .

Philips merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena pencahayaan – dimana mereka turut mempunyai penawaran lampu pintar dibawah jenama Philips Hue. Terkini, Philips Lighting mengumumkan yang mana mereka akan menjenamakan semula syarikat mereka kepada Signify – sekaligus memperluaskan lagi penawaran mereka selepas ini.

Dengan penjenamaan semula ini, Signify mengatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada arena pencahayaan berhubung – sekaligus membawakan lebih keuntungan dan kebaikkan kepada pengguna dan pembangunan bandar.

Selain untuk pencahayaan dalam rumah, Signify juga menawarkan platform peranti berhubung untuk pembangunan bandar pintar. Malah, produk mereka sedia diintegrasikan dibeberapa bandar utama – termasuk di Melaka.

Signify Jakarta

Dengan menggunakan produk Signify, ia dikatakan akan menjimatkan lagi penggunaan tenaga, disamping membolehkan pelbagai produk pencahayaan dikawalselia dengan lebih efisyen.

Malah, bergerak kehadapan, Signify turut melihat kepada beberapa penawaran dan pembangunan teknologi – termasuk pemindahan data melalui cahaya.

Kita dijangka mendengar lanjut mengenai Signify di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN