Asus Malaysia kini telah menawarkan kemaskini perisian untuk para pengguna Asus Zenfone Max Pro M1, dimana melalui kemaskini baru ini ia menawarkan beberapa penambah-baikkan.
Salah satunya adalah penambah-baikkan pada prestasi kamera, sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih cantik menggunakan telefon pintar Asus ini.
Disamping itu, kemaskini ini juga menambah-baik dan mengatasi masalah berkaitan multi-sentuhan, selain turut mengemaskini versi GMS.
Bagi anda yang menggunakan Asus Zenfone Max Pro M1, boleh menyemak peranti anda hari ini untuk mengemaskini dan menaik-tarafnya. Seperti biasa, kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat, dan kadang-kala mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda menerimanya.