Cari @ Amanz

Motorola sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah keluarga Moto E, termasuk salah satunya adalah Moto E5 Play. Kini, dalam menawarkan peranti mereka untuk lebih ramai pengguna, Motorola turut hadir dengan variasi Moto E5 Play dengan memori lebih rendah, iaitu hanya 1GB RAM (berbanding versi asal 2GB RAM).

Moto E5 Play

Dengan penggunaan memori rendah, ia sekaligus tertakluk dibawah program Android Go. Dibawah Android Go, ia juga ditawarkan dengan sejumlah aplikasi khusus dengan penggunaan storan dan memori rendah.

Selain perbezaan pada memori, Moto E5 Play versi Android Go ini turut hadir dengan skrin 5.3-inci dengan nisbah skrin 18:9 (berbanding yang asal 5.2-inci 16:9).

Cip pemprosesan yang digunakan tidak diumumkan, selain ia turut hadir dengan penggunaan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel

Buat masa ini, model variasi Android Go ini hanya diumumkan di Eropah dan juga Amerika Latin sahaja. Ia tidak diketahui lagi variasi apakah yang bakal memasuki pasaran Asia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd