Vivo Malaysia nampaknya kini dalam persediaan untuk melancarkan telefon pintar terbaru mereka dengan rekaan skrin menyeluruh, iaitu Vivo NEX. Melalui jemputan media yang telah dihantar, ia dilihat Vivo menjadualkan pelancaran telefon pintar berkenaan pada 23 Julai 2018 kelak.
Vivo NEX hadir dengan skrin 6.59-inci dengan skrin menyeluruh meliputi lebih 90%, cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut hadir dengan kamera utama 12-megapixel dan 5-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan bateri 4000mAh bersama dengannya.
Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah kamera hadapan hadir dengan rekaan boleh disembunyikan – dalam usaha untuk mencapai rekaan skrin menyeluruh.
Harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan dijangka diumumkan pada 23 Julai kelak.