Carian
Penghasilan Cip Facebook Akan Dibantu Oleh Bekas Pengarah Kanan Jurutera Google
July 16, 2018 Fahim Zahar

Facebook sebelum ini dilaporkan akan menghasilkan cip tersendiri mereka. Tetapi sehingga kini masih tiada khabar. Akhirnya penghasilan cip tersendiri Facebook ini dilihat semakin cerah selepas Pengarah Kanan Jurutera Google menyertai Facebook.

Shahriar Rabii, yang sebelum ini mengetuai pasukan Pixel Visual Core dan cip sekuriti “Titan” kini bekerja sebagai Naib Presiden Dan Ketua Silikon untuk Facebook. Jika anda tidak tahu, Pixel Visual Core adalah cip yang menjadikan kamera Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL hebat.

Shahriar dilihat mungkin akan membantu Facebook untuk menghasilkan cip Oculus VR tersendiri. Beliau akan bekerja bersama ketua realiti maya dan realiti gabungan Facebook.

Komen