Acara pelancaran peranti global Xiaomi akan berlangsung di Madrid pada 24 Julai hadapan. Ramai meramalkan peranti Xiaomi Mi A2 akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Hari ini pihak Xiaomi berkongsi imej acah yang mengesahkan Mi A2 adalah peranti yang akan dilancarkan.
Are you a big fan of #MiA1? You will love this…#Xiaomi #AndroidOne #2isbetterthan1 pic.twitter.com/aLlfothn9g
— Mi (@xiaomi) July 16, 2018
Pada imej acah di atas sebuah Mi A1 dipaparkan tetapi dengan angka dua pada latar belakang. Turut dapat dilihat ialah logo Android One serta frasa “the next gen is coming” mengesahkan lagi identiti peranti yang bakal dilancarkan. Seperti yang kami laporkan minggu lalu, selain Mi A2, Mi A2 Lite turut dipercayai akan dilancarkan. Mi A2 Lite ini hanyalah sebuah Redmi 6 Pro yang dijenamakan semula