Xiaomi Melancarkan Mijia Quartz Watch – Sepasang Jam Tangan Quartz Hibrid

Xiaomi Melancarkan Mijia Quartz Watch – Sepasang Jam Tangan Quartz Hibrid

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Xiaomi kerap melancarkan pelbagai produk selain daripada arena telefon pintar. Sebelum ini, Xiaomi telah pun menjual jam tangan mekanikal premium. Hari ini, Xiaomi meneruskan lagi produk jam tangan dengan memperkenalkan – Mijia Quartz Watch, iaitu jam tangan berenjin Quartz hibrid.

Untuk Mijia Quartz Watch ini, ia hadir dengan kerangka besi, kaca mineral, dan juga tali yang boleh ditukar. Jam hibrid ini mempunyai pedometer terbina, menjejak kalori, dan juga peringatan dan jam penggera. Ia turut mempunyai butang pemutar untuk menetap masa.

Jam ini ditawarkan pada warna hitam, biru dan kelabu dan dijual pada harga RMB349 iaitu bersamaan dengan RM211 sahaja.


TIPS & ULASAN