Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia kini telah hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar mampu milik mereka, iaitu Redmi 6 – sekaligus memberikan petanda yang mana telefon pintar berkenaan bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Xiaomi Redmi 6

Siri Redmi 6 hadir dalam dua variasi, iaitu Redmi 6 dan juga Redmi 6A. Kedua-duanya hadir dengan skrin 5.45-inci dengan resolusi HD+, dan hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh. Kedua-duanya juga turut menggunakan kamera hadapan 5-megapixel

Redmi 6 hadir dengan cip MediaTek Helio P22 dan memori sehingga 4GB RAM, selain dwi-kamera belakang 12+5-megapixel.

Redmi 6A pula berharga sedikit rendah, dimana ia hadir dengan cip Helio A22, memori 2GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi Malaysia akan melancarkannya – dan apakah model pertama yang bakal dibawa masuk mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar terbaru daripada Xiaomi ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd