Android 9.0 adalah Adnroid P – iaitu versi Android yang terkini. Buat masa ini ia sudah pun capai ke Beta 3 (Percubaan Pembangun 4). Sehingga kini hanya beberapa peranti Android terpilih sahaja yang menyokong, seperti keluarga Pixel, Nokia 7 Plus atau Essential Phone.
Dengan sokongan Project Treble, baik rasmi atau tidak yang kini menyokong lebih banyak peranti – Android P Beta 3 ini berjaya diport untuk dicuba pada lebih banyak peranti. Setakat ini yang berjaya dicuba adalah 16 buah peranti dan ini termasuk siri kelas pertengahan Xiaomi – Redmi Note 5, Redmi 5 Plus, Redmi Note 4 danjuga Redmi 4A.
Langkah-Langkah Pemasangan
- Pastikan peranti anda mempunyai vendor Android 8.1 dengan sokongan Project Treble (Qcom).
- Muat turun semua fail ROM di sini (buat masa ini ia hanya menyokong A-arm64 dan AB-arm64 masih dalam ujian dan dibina).
- Pindahkan fail-fail ROM yang dimuat turun tadi ke root folder peranti.
- Extract P-DP3-sGSI.img.zip dan Boot peranti anda ke mod pemulihan.
- Flash “P-DP3-sGSI.img.zip” ke sistem.
- Anda kemudian perlu “Mount vendor in TWRP“.
- Flash pula fail “POST-sGSI” mengikut turutan dari 1 hingga 3.
- Hidup dan matikan peranti anda (reboot).
Langkah-Langkah Pembaikian
- Untuk membaiki isu MTP (untuk tujuan pemindahan data ke peranti), buka mod pembangunan dan aktifkan “File Transfer” di dalam “Default USB Configuration“.
- Untuk penyelarian akaun Google – pasang Google Play Service ini.
- Jika anda ada masalah dengan panggilan telefon – pasang fail ini di mod pemulihan.
- AMARAN: Pemasangan ini hanya akan berjaya jika anda membuat flash secara penuh iaitu segala data anda perlu diformat – bahasa teknikalnya adalah Clean Flash
Pemasangan Android P pada peranti lain ini berjaya kerana adanya Project Treble. Dengan Project Treble, pemasangan ROM adalah lebih mudah kerana format Generic System Image (GSI) membantu pembangun untuk hanya bina satu ROM dan boleh diguna pada banyak peranti terpilih.
Jika anda memiliki, Lenovo P2/Zuk Z2 Plus, LG V30, Motorola Moto G5, OnePlus 5/5T, Samsung Galaxy S9+ (Exynos), Xiaomi Mi 5/Mi 6, Redmi 3s/3x/Prime/4 Prime/4A/4x/5 Plus/Note 4/Note 5 Pro (whyred) – peranti-peranti ini sudah dicuba oleh para pembangun dan “kaki flash” dan ia berjaya. Tetapi, untuk Galaxy S9+ ia SANGAT TIDAK STABIL.
Seperti biasa, jika anda ingin cuba – sila berhati-hati dan pastikan ROM asal peranti atau segala data penting telah disandarkan. Kami sarankan anda buat sandaran terlebih dahulu.