Bagaimana Memasang Spotify Lite Ke Jam Tangan Pintar Wear OS?

Bagaimana Memasang Spotify Lite Ke Jam Tangan Pintar Wear OS?

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Spotify tidak dinafikan adalah aplikasi penstriman muzik yang paling popular. Tetapi ia hanya boleh digunapakai pada peranti mudah alih atau juga komputer. Bagaimana dengan pengguna Wear OS?

Spotify untuk Wear OS sudah ada sejak zaman Android Wear lagi, tetapi ia hanya lebih kepada aplikasi alat kawalan jauh yang mengawal Spotify yang terpasang pada peranti Android. Perkara ini berubah, apabila aplikasi Spotify Lite – diport untuk Wear OS dan muzik turut boleh dimainkan tanpa sebarang tambatan pada peranti pintar.

Langkah-Langkah Pemasangan

Pastikan komputer anda telah pun mempunyai driver-driver ADB dipasang.

  1. Muat turun fail .APK di sini.
  2. Aktifkan mod pembangunan pada jam tangan Wear OS anda.
  3. Aktifkan mod ADB debugging.
  4. Aktifkan Debug over WiFi.
  5. Benarkan komputer anda akses kepada ADB jam tangan Wear OS anda.
  6. Buka terminal (cmd di dalam fail ADB anda) ADB anda dan isikan arahan di bawah

adb devices

adb connect to “isi IP Address anda di sini”

adb install “nama_fail.APK”

Itu sahaja dan anda hanya perlu log masuk ke akaun Spotify.

Spotify Lite telah dilancarkan pada awal bulan Julai lepas. Ia memfokuskan untuk peranti dengan spesifikasi yang rendah seperti storan, RAM kecil dan juga kepada negara dengan akses internet yang terhad. Kini pengguna Wear OS boleh menikmati muzik-muzik di Spotify tanpa bantuan peranti Android.


TIPS & ULASAN