Cari @ Amanz

Oppo Malaysia bakal melancarkan Find X secara rasminya esok. Tetapi, hari ini mereka tidak melepaskan peluang, dan turut telah melancarkan sebuah lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A3s.

Oppo A3s hadir dengan spesifikasi asas-pertengahan, dan memfokuskan kepada penyertaan bateri bersaiz besar – iaitu berkapasiti 4230mAh.

Oppo A3s

Oppo A3s hadir dengan skrin bertakuk 6.2-inci, dijana cip Snapdragon 450, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, serta hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel.

Di Malaysia, Oppo A3s akan dijual bermula 19 Julai 2018 ini pada harga RM599.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd