Tiga Syarikat Pembangun Kenderaan Di China Bergabung Untuk Menubuhkan Syarikat Perkongsian Kenderaan T3 Mobile Travel Services

Tiga Syarikat Pembangun Kenderaan Di China Bergabung Untuk Menubuhkan Syarikat Perkongsian Kenderaan T3 Mobile Travel Services

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Jika anda di China, syarikat Didi Chuxing merupakan satu-satunya syarikat pilihan jika anda ingin menggunakan servis perkongsian kenderaan seperti Uber ataupun Grab. Nampaknya mereka bakal menerima kehadiran saingan baru melalui sebuah syarikat yang bernama T3 Mobile Travel Services.

T3 Mobile Travel Services ini ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan melalui gabungan persefahaman diantara tiga buah syarikat pembina kenderaan, iaitu FAW Group, Dongfeng Automobile dan Chongqing Changan.

Perjanjian penubuhan syarikat ini sudahpun ditandatangani pada bulan Disember 2017, dan perkhidmatan perkongsian kenderaan ini dikatakan akan berjalan tidak lama lagi.

Ketiga-tiga syarikat ini juga dilihat bekerjasama dengan pelbagai syarikat-syarikat di Eropah dan Amerika Syarikat, dan dengan penubuhan syarikat T3 Mobile Travel Services ini, mereka berharap bahawa mereka juga dapat membawa masuk syarikat-syarikat tersebut untuk tujuan pembangunan kereta swapandu yang boleh digabungkan bersama-sama dengan perkhidmatan perkongsian kenderaan T3 ini.


TIPS & ULASAN