Huawei Melancarkan Kedai Atas-Talian Tersendiri Tanpa Bergantung Ke Platform Lain

Huawei Melancarkan Kedai Atas-Talian Tersendiri Tanpa Bergantung Ke Platform Lain

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan kedai atas-talian mereka tersendiri, dinamakan Huawei Shop. Berbeza dengan sebelum ini, laman e-dagang daripada Huawei kali ini berdiri pada domain huawei.com, dan tidak lagi bergantung kepada platform pihak ketiga seperti Lazada, Shopee dan sebagainya.

Huawei Shop Malaysia

Walaubagaimanapun, penawaran kedai atas-talian ini boleh dikatakan sebagai sebuah alternatif sahaja – memandangkan kedai di Lazada dan sebagainya masih beroperasi seperti biasa.

Dengan pengenalan kedai ini, ia memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan informasi melalui laman rasmi Huawei, dan terus melakukan pembelian melaluinya. Pengguna masih boleh menggunakan akaun VMall mereka pada Huawei Shop ini.

Langkah pengenalan kedai atas-talian tersendiri tanpa bergantung kepada platform lain kian menjadi trend akhir-akhir ini. Sebelum ini kita telah melihat Lenovo, Acer dan Samsung turut melakukan perkara sama.

Layari : Huawei Shop


TIPS & ULASAN