Asus Zenfone 5z Disenaraikan Pada Harga RM1899 – Dijana Snapdragon 845, Memori 6GB RAM

Asus Zenfone 5z Disenaraikan Pada Harga RM1899 – Dijana Snapdragon 845, Memori 6GB RAM

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Asus Malaysia telah sedia mengatakan bakal membawa masuk telefon pintar Asus Zenfone 5z ke pasaran tempatan. Kini, ia dilihat peranti berkenaan telah pun disenaraikan di Lazada dibawah akaun rasmi Asus, memperlihatkan Asus Zenfone 5z akan dijual pada harga RM1899.

Asus Zenfone 5z

Asus Zenfone 5z hadir dengan skrin 6.2-inci dengan nisbah skrin 19:9, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Telefon pintar berkuasa tinggi daripada Asus ini turut hadir dengan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya ia juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh.

Asus Zenfone 5z Lazada

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penyenaraian Asus Zenfone 5z ini di Lazada hari ini, dan mungkin mendapatkannya pada harga RM1899. Pihak Asus Malaysia masih tidak mengumumkan lagi bilakah pelancaran rasminya akan mengambil masa. Terdapat juga kemungkinan yang mana harga akhirnya berubah menjelang pelancaran rasminya kelak.

Layari : Asus Zenfone 5z di Lazada


TIPS & ULASAN