(Ura-Ura) Honor Mungkin Bekerjasama Dengan Rolls-Royce Untuk Telefon Edisi Khas?

(Ura-Ura) Honor Mungkin Bekerjasama Dengan Rolls-Royce Untuk Telefon Edisi Khas?

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Seperti telah menjadi trend untuk pengeluar peranti untuk bekerjasama dengan pengeluar kenderaan mewah untuk memperkenalkan telefon pintar edisi khas. Sebelum ini kita telah melihat Huawei kerjasama dengan Porsche, selain Oppo yang bekerjasama dengan Lamborghini.

Terkini, ura-ura baru hadir, mengatakan Honor akan bekerjasama dengan Rolls Royce. Ia dikatakan Honor akan memperkenalkan Honor Note 10 Edisi Rolls Royce hasil kerjasama ini.

Honor Note 10 Rolls Royce

Buat masa ini, pihak Honor tidak mengesahkan lagi sebarang desas-desus ini. Ia dikatakan akan hadir dengan rekaan berwarna logam dan menyertakan logo Rolls Royce pada bahagian belakang. Tidak diketahui lagi sama ada ia akan menyertakan ciri atau spesifikasi khusus atau sebaliknya.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Honor 10 dikatakan bakal hadir dengan cip Kirin 970, menawarkan skrin bersaiz sedikit besar, dan hadir dengan penawaran GPU Turbo, serta integrasi kecerdasan buatan pada kamera.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah pengumuman rasmi daripada Honor tidak lama lagi, dan adakah benar mereka akan bekerjasama dengan Rolls Royce ini.


TIPS & ULASAN