Carian
Microsoft Mengumumkan Skype Classic Akan Berhenti Beroperasi Selepas 1 September
July 16, 2018 Aman

Microsoft hari ini mengumumkan versi terkini Skype untuk desktop, sekaligus membawakan antaramuka moden kepada semua pengguna – selari dengan antaramuka pada peranti mudah-alih.

Skype 8.0 ini akan sekaligus menggantikan Skype 7.0 (atau turut dikenali Skype Classic). Microsoft turut mengatakan yang mana Skype Classic tidak lagi boleh digunakan selepas 1 September 2018 kelak. Ini bermakna, pengguna desktop perlu naik-taraf ke Skype 8.0 untuk kekal menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Skype 8.0

Melalui Skype 8.0 ini juga, Microsoft menyertakan sejumlah ciri popular termasuk sokongan pangilan video HD dengan sekitar 24 orang rakan pada waktu yang sama, kemudahan untuk menghantar mesej kepada @pengguna pada tetingkap permesejan berkumpulan, kemudahan berkongsi fail sehingga 300MB terus melalui Skype, dan beberapa ciri-ciri lain.

Bagi anda yang menggunakan Skype di desktop, boleh mengemaskini dan menaik-taraf kepada Skype 8.0 hari ini, dan menggunakan ciri-ciri yang disertakan bersama dengannya.

Komen