Huawei Hadir Dengan Jadual Kemaskini GPU Turbo – Akan Menambah-Baik Pengalaman PUBG Dan Mobile Legends

Huawei Hadir Dengan Jadual Kemaskini GPU Turbo – Akan Menambah-Baik Pengalaman PUBG Dan Mobile Legends

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Honor sebelum ini telah mengumumkan kemaskini GPU Turbo untuk beberapa peranti mereka, sekaligus menambah-baik pengalaman permua pada peranti keluaran Honor. Kini, selain Honor, Huawei turut mengikut jejak dan mengumumkan jadual kemaskini pengenalan ciri GPU Turbo untuk peranti mereka.

Huawei Nova 3e

Melalui kemaskini GPU Turbo ini, Huawei mengatakan ia akan menambah-baik pemprosesan grafik sehingga 60%, selain mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30%. Walaubagaimanapun, ciri GPU Turbo ini hanya menyokong permua PUBG Mobile dan juga Mobile Legends : Bang Bang sahaja buat masa ini. Lebih banyak permua dijangka ditambah dalam masa akan datang.

Melalui jadual yang dikeluarkan Huawei, kemaskini akan dilakukan bermula bulan Ogos ini untuk peranti mereka:

  • Huawei Mate 10, Mate 10 Pro, Mate RS – Ogos 2018
  • Huawei P20, P20 Pro – Ogos 2018
  • Nova 2i – September 2018
  • Huawei P20 Lite (Nova 3e) – September 2018
  • Huawei Mate 9, Mate 9 Pro – November 2018
  • Huawei P10, P10 Plus – November 2018

TIPS & ULASAN