Honor 7C Dengan Dwi-Kamera Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

Honor 7C Dengan Dwi-Kamera Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Honor sebelum ini telah hadir dengan penawaran Honor 7A dan juga Honor 7S untuk pasaran tempatan. Kini, menambah satu lagi peranti baru untuk pengguna tempatan, Honor dilihat telah pun membawa masuk Honor 7C untuk pasaran tempatan.

Honor 7C

Honor 7C hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 450, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Menjadi fokus pada peranti ini juga adalah sokongan dwi-kamera belakang dengan gabungan sensor 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel dihadapan. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh.

Penjual tempatan telah mula menawarkan telefon pintar Honor 7C ini di Malaysia, dan anda yang berminat boleh mendapatkannya dalam pilihan warna hitam, biru atau emas.


TIPS & ULASAN