Adakah CEO Samsung Ini Menggunakan Galaxy Note 9 Di Khalayak Umum?

Adakah CEO Samsung Ini Menggunakan Galaxy Note 9 Di Khalayak Umum?

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan. Setakat ini kita mengetahui bahawa stylus S-Pen menyokong bluetooth, kapasiti bateri akan dipertingkatkan dan pengimbas cap jari diubah kedudukannya. Kesemua ini adalah berdasarkan dokumen tertiris tetapi bukan gambar sebenar.

Gambar sebenar peranti ini akhirnya tertiris selepas DJ Koh, CEO bahagian peranti pintar Samsung dilihat menggunakannya di khalayak ramai. Hanya panel belakang dapat dilihat dan mengesahkan rekaan dwi-kamera mendatar serta pengimbas cap jari di bawah lensa kamera. Tiada perubahan mendadak dilakukan pada rekaan berbanding Note 8. Tetapi ini tidak mengejutkan kerana seperti yang dilihat pada S9, ia tidak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding S8.

Memandangkan perubahan kosmetik antara kedua-dua Galaxy Note 8 dan Note 9 adalah dijangka minimal, maka mungkinkah peranti yang digunakan beliau ini adalah telefon pintar terbaru Samsung?


TIPS & ULASAN