Apple Tidak Melakukan Gantian Papan Kekunci Rama-Rama Baharu Untuk Model Lama MacBook Pro

Apple Tidak Melakukan Gantian Papan Kekunci Rama-Rama Baharu Untuk Model Lama MacBook Pro

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Papan kekunci rama-rama generasi ketiga diperkenalkan pada MacBook Pro touch bar yang dilancarkan minggu lalu. Ia bukan sahaja lebih senyap tetapi mempunyai lapisan getah yang menghalang debu dari memasuki komponen dalaman kekunci. Ini mengelakkan masalah kekunci gagal berfungsi yang dilaporkan oleh pemilik MacBook Pro.

MacBook ProDengan adanya rekaan baru ini mungkin ramai yang merasakan mereka boleh menggantikan kekunci rama-rama generasi pertama dan kedua mereka ke model terkini. Malang sekali menurut laporan MacRumor, ini tidak dapat dilakukan kerana kekunci baharu ini eksklusif kepada model terkini MacBook Pro.

Ini mungkin kerana pada MacBook Pro, papan kekunci ini bersambung kepada komponen “top case” yang digam kepada bateri. Pada masa yang sama Apple mungkin telah melakukan perubahan komponen sehingga menyebabkan kekunci baharu tidak boleh digunakan pada MacBook 2016 dan 2017.


TIPS & ULASAN