Instapaper Keluar Daripada Pinterest – Beroperasi Secara Kendiri Dibawah Syarikat Baru

Instapaper Keluar Daripada Pinterest – Beroperasi Secara Kendiri Dibawah Syarikat Baru

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Instapaper merupakan salah satu perkhidmatan popular yang membolehkan anda menyimpan pautan untuk dibaca pada kemudian masa. Ia turut mengoptimasikan kandungan pautan yang disediakan untuk kemudahan dibaca, sekaligus menjadikannya salah satu pilihan ramai pengguna ketika melayari web untuk menyimpan sesuatu artikel untuk dibaca kemudian masa.

Sekitar dua tahun lepas, Instapaper telah diambil-alih oleh perkhidmatan bookmark popular, iaitu Pinterest.

Kini, selang dua tahun selepas pengambil-alihan Pinterest, perkhidmatan berkenaan kini beroperasi secara kendiri kembali.

Instapaper

Melalui pengumuman yang dilakukan hari ini, Pinterest telah bersetuju untuk memindahkan pegangan hak Instapaper kepada sebuah syarikat baru yang dinamakan Instant Paper Inc.

Instapaper turut mengatakan yang mana perkhidmatan berkenaan dijalankan oleh pembangun sama seperti pada awalnya.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman perubahan drastik yang diumumkan. Dengan kembali sebagai syarikat kendiri ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak ciri baru diperkenalkan pada perkhidmatan berkenaan dalam bulan-bulan akan datang.

Layari : Instapaper


TIPS & ULASAN