Carian
Microsoft Melancarkan Skype 8.0 – Hadir Dengan Ciri-Ciri Baru Seperti Sokongan Video HD, Perkongsian Skrin Dan Penyulitan Maklumat
July 17, 2018 Nazrin

Pada awal tahun ini, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan untuk perisian perbualan atas talian Skype 7.0, ataupun lebih dikenali sebagai Skype Classic menjelang September 1 kelak.

Terkini, mereka dilihat telah melancarkan versi baru Skype, yang diberikan nama Skype 8.0 yang hadir dengan beberapa ciri-ciri yang cukup menarik sekali bagi mereka yang inginkan pengalaman panggilan atas talian yang berkualiti tinggi.

Diantara ciri-ciri yang diperkenalkan pada perisian Skype 8.0 ini termasuklah sokongan untuk panggilan video dalam kualiti HD (resolusi 1920×1080), mensi melalui nama samaran di Skype, dan juga galeri untuk gambar dan foto.

Microsoft juga menyatakan bahawa Skype 8.0 akan menerima kemaskini di masa terdekat kelak untuk ciri-ciri lain, seperti ciri penyulitan panggilan audio, teks dan juga fail. Selain dari itu, Skype 8.0 juga akan menerima sokongan untuk ciri merekod panggilan. Ini cukup penting kerana selama ini, pengguna perlu menggunakan perisian merekod parti ketiga untuk merekod panggilan Skype.

Buat masa ini, Skype 8.0 tiba untuk pengguna sistem operasi Microsoft Windows, dan akan tiba untuk peranti iPad tidak lama lagi dengan sokongan tambahan seperti petikan mesej, tema peribadi dan lain-lain.

Komen