Imej Pengolokan Rasmi Xiaomi Mi Max 3 Dikongsikan

Imej Pengolokan Rasmi Xiaomi Mi Max 3 Dikongsikan

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Xiaomi Mi Max 3 ialah phablet gergasi dengan skrin sebesar 6.9″. Ia akan dilancarkan pada 19 Julai hadapan. Sebelum majlis pelancaran, imej pengolokan rasmi untuk phablet ini telahpun dikongsikan oleh pengasas Xiaomi Bin Lind di laman Weibo rasmi beliau.

Peranti mempunyai skrin memanjang 18:9 tetapi tidak bertakuk. Pada bahagian belakang terdapat sistem dwi-kamera yang berkongsi rekaan dengan Mi MIX 2S sebelum ini. Ia nampaknya akan ditawarkan dalam warna hitam, emas dan biru. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat turut disertakan pada bahagian belakang. Untuk spesifikasi rasmi, ia hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN