Cari @ Amanz

YouTube telah wujud sejak 2005 dan sejak dari itu berbilion tontonan dilakukan setiap hari. Video dengan tontonan tertinggi dalam sejak YouTube ialah Despacito oleh Luis Fonsi dengan hampir 5.4 bilion tontonan. Hari ini YouTube mengumumkan video muzik November Rain oleh kugiran Guns N’ Roses akhirnya mencatatkan 1 bilion tontonan. Ini menjadikannya video muzik pertama dari zaman pra-YouTube yang mencacah angka ini.

Ini adalah jumlah tontonan yang tinggi bagi sebuah lagu yang berusia 26 tahun. Di belakang November Rain ialah Zombie oleh Cranberries dengan 739 juta tontonan dan Smells Like Teen Spirit oleh Nirvana dengan 727 juta tontonan.

Selain November Rain, Sweet Child O’ Mine juga oleh GNR turut menjadi video muzik dengan tontonan tertinggi untuk muzik era 80an. Setakat ini ia telah ditonton lebih 692 juta kali. Apakah video muzik klasik yang kerap anda tonton? Saya secara peribadi kerap memainkan video muzik Smooth Criminal dari Michael Jackson.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd