Kewujudan Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite bukan lagi misteri selepas ia tertiris menerusi laman e-dagang Eropah beberapa minggu yang lalu. Hari ini ia akhirnya disahkan akan dilancarkan secara oleh Xiaomi pada 24 Julai ini. Ini diumumkan oleh Xiaomi menerusi laman media rasmi mereka.
The #MiA2 & #MiA2Lite are coming your way very soon. Did you guess right? #2isbetterthan1 pic.twitter.com/KYsPKeHWa2
— Mi (@xiaomi) July 17, 2018
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan peranti Xiaomi, Mi A2 ialah sebuah Mi 6X yang dijenamakan semula. Mi A2 Lite pula adalah sebuah Redmi 6 Pro yang dijenamakan semula. Kedua-dua peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android One yang hampir kelihatan seperti Android asli serta skrin 18:9 bertakuk. Nantikan pandang pertama kedua-dua peranti ini di Amanz pasca pelancarannya kelak.