Panel Kaca Yang Didakwa Untuk Tiga iPhone 2018 Tertiris

Panel Kaca Yang Didakwa Untuk Tiga iPhone 2018 Tertiris

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Tiga model iPhone diramalkan akan dilancarkan tahun ini dengan saiz skrin 5.8″, 6.1″ dan 6.5″. Dua model akan menggunakan panel OLED manakala sebuah lagi akan menggunakan skrin LCD. Ketiga-tiganya akan dilengkapi sistem imbasan wajah Face ID. Rekaan ketiga-tiga panel hadapan peranti ini telah tertiris menerusi akaun Twitter Ben Geskin.

Beliau sebelum ada meniriskan maklumat mengenai iPhone. Dari apa yang anda boleh lihat di atas, panel dengan skrin 6.1″ untuk skrin LCD mempunyai bezel yang lebih tebal berbanding panel untuk skrin OLED. Ia masih lagi kecil jika dibandingkan dengan saiz bezel pada peranti Android dengan rekaan hampir serupa. Saiz takuk pada ketiga-tiga peranti juga nampaknya sama menandakan komponen Face ID yang sama dikongsi.


TIPS & ULASAN