Carian
Tik Tok Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan
July 17, 2018 Aman

Tik Tok merupakan salah satu aplikasi perkongsian video sosial terbaru yang semakin meningkat popular akhir-akhir ini. Terkini, melalui data yang dikeluarkan oleh perkhidmatan berkenaan, mereka mengumumkan Tik Tok mempunyai sekitar 500 juta pengguna aktif bulanan pada peringkat global.

Sebahagian angka daripadanya, iaitu 300 juta pengguna aktif bulanan adalah daripada China sahaja – dan baki 200 juta adalah daripada luar China.

TikTok

Melalui Tik Tok, ia membolehkan pengguna berkongsi video bermuzik dan menambah sejumlah kesan khas padanya sebelum dikongsikan kepada pengikut dan rakan-rakan mereka.

Perkhidmatan baru ini turut sedang meningkat popular dikalangan anak muda tempatan, dimana ramai yang telah menerbitkan kandungan tersendiri pada aplikasi berkenaan.

Dengan populariti Tik Tok ini, kita mungkin akan dapat melihat ia terus menambah angka pengguna aktif pada bulan-bulan akan datang.

Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna Tik Tok?

Komen