Cip MediaTek Helio A22 Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Snapdragon 429

Cip MediaTek Helio A22 Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Snapdragon 429

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Cip keluaran MediaTek digunakan oleh pengeluar yang menghasilkan peranti yang dijual pada harga mampu milik. Pada suatu ketika kemampuan memproses cip MediaTek tidak berapa memberangsangkan tetapi kini hampir setanding dengan cip Qualcomm Snapdragon. Hari ini cip terkini MediaTek Helio A22 dilancarkan sebagai pesaing kepada pemproses Snapdragon 429.

MediaTek Helio A22 dilengkapi empat teras Cortex A53 pada kelajuan 2.0 GHz. dan cip grafik PowerVR GE8320. Menurut MediaTek, A22 adalah 30% lebih berkuasa dan kemampuan grafik 70% lebih tinggi berbanding cip Snapdragon 429. Seperti Snapdragon 429, cip ini dihasilkan menggunakan teknologi 12nm TSMC.

Kemampuan kamera ialah 13+8 Megapixel atau sebuah sensor 21-Megapixel. Ia turut merakam pada resolusi 1080P 30FPS. Moden yang digunakan menyokong rangkaian 4G LTE Cat 7 dengan sokongan dwi-SIM. Akhir sekali ia turut menyokong Bluetooth 5.0 dan WiFi 802.11ac.


TIPS & ULASAN