Adakah Ini Adalah Samsung Galaxy Note 9?

Diterbitkan pada July 18, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kita telah melihat perkongsian beberapa gambar yang diperkatakan Samsung Galaxy Note 9 daripada beberapa pihak. Terkini, @evleaks yang terkenal dengan perkongsian pelbagai gambar jauh sebelum sebuah peranti dilancarkan telah berkongsi sebuah gambar baru – sekaligus memperlihatkan secara kasar bagaimana Galaxy Note 9 akan kelihatan.

Samsung Galaxy Note 9

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan rekaan peranti dengan skrin nirbingkai tanpa takuk, selain kedudukan kamera belakang secara melintang. Pengimbas cap jari diletakkan dibelakang, dibawah bahagian kamera.

Seperti biasa, siri Galaxy Note 9 ini juga hadir dengan sokongan S-Pen untuk input melalui lakaran atau tulisan.

Samsung menjadualkan pengenalan Galaxy Note 9 ini pada 9 Ogos. Kita mungkin akan dapat melihat perkongsian lebih banyak info mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami