Instagram Sedang Menguji Kemampuan Membuang Pengikut Secara Manual

Instagram Sedang Menguji Kemampuan Membuang Pengikut Secara Manual

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Undang-undang pertama di media sosial ialah tidak semua yang mengikuti akaun anda adalah peminat. Sebilangannya hanya mengikuti akaun anda untuk menanti saat kejatuhan dan mencari bahan mengutuk. Menghalang mereka dari mengikuti profil anda adalah cara yang sudah wujud sejak sekian lama. Tetapi kadang kala ini adalah seperti mencurah petrol ke dalam api. Oleh itu kemampuan membuang mereka secara manual tanpa menghalang adalah perlu.

Fungsi membuang pengikut secara manual ini telah mula diuji oleh Instagram pada beberapa pengguna terpilih. Apabila digunakan, pengikut yang dibuang tidak akan menerima notifikasi mereka telah “ditendang”. Buat masa ini ia hanya dapat dilakukan menerusi aplikasi tetapi tidak pada versi laman web.

Sejak akhir-akhir ini Instagram memperkenalkan beberapa fungsi baru seperti membisukan pengguna. Dengan fungsi terkini ini, anda kini mempunyai kawalan untuk membuang mereka yang membawang tanpa menghalang mereka terus.


TIPS & ULASAN