Carian
Instagram Akan Menaik Taraf Sekuriti Pengesahan Dwi-Faktor Bagi Mengelak Godaman Melalui Sim
July 18, 2018 Fahim Zahar

Sejak kebelakangan ini, berita Instagram kerap kami laporkan. Baru-baru ini Instagram sedang menguji membuang pengikut secara manual. Manakala sebelum ini, ciri membisukan pengikut turut diperkenalkan jika pengguna tidak ingin membuang pengikut mereka. Kini, Instagram bakal menaik taraf sekuriti pengesahan dwi-faktor bagi mengelak godaman sim.

Ini bermakna, pengguna yang menggunakan pengesahan dwi-faktor tidak lagi perlu bergantung hanya pada nombor telefon untuk menerima kod – tetapi turut boleh diselarikan dengan mana-mana aplikasi yang menjana kod seperti Google Authenticator. Info ini diterima daripada Jane Machun Wong – iaitu peniris dan jurutera terkenal mengenai Instagram.

Menaik-taraf sekuriti ini adalah langkah Instagram bagi mengelak isu godaman melalui kad sim yang kini tersebar di web. Penggodam yang pakar, boleh menggodam Instagram dengan hanya mengakses kad sim mangsa.

Komen