Set Kepala Realiti Maya Akan Datang Hanya Memerlukan Satu Kabel USB-C Untuk Berfungsi
Artikel Berkaitan

Set Kepala Realiti Maya Akan Datang Hanya Memerlukan Satu Kabel USB-C Untuk Berfungsi

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Set kepala realiti maya yang kini berada di pasaran memerlukan pelbagai kabel untuk penyambungan. Daripada kabel USB-A, USB-C dan juga kabel HDMI. Perkara ini menyukarkan dan membazir masa – oleh itu akan datang set kepala realiti maya hanya memerlukan satu kabel USB-C untuk kuasa, paparan dan lain-lain.

VirtulLink Consortium adalah syarikat yang bertanggungjawab menjadikan perkara ini kenyataan. Mereka menghasilkan satu piawaian USB-C yang membenarkan satu kabel USB-C sahaja untuk semua pada set kepala realiti maya. Syarikat ini terdiri daripada AMD, NVIDIA, Oculus, Valve, dan Microsoft.

Ini adalah satu langkah yang memudahkan. Sebelum ini beberapa syarikat telah pun memperkenalkan set realiti maya dengan PC dalam bentuk beg galas – seperti MSI dengan MSI VR-One. Walau bagaimanapun, piawaian USB-C untuk set realiti maya ini adalah untuk perkakasan pada masa akan datang dan belum lagi tersedia pada waktu ini.


TIPS & ULASAN