Masalah Lengah Masa Berlaku Apabila Mengambil Swafoto Berkumpulan Pada OnePlus 6

Masalah Lengah Masa Berlaku Apabila Mengambil Swafoto Berkumpulan Pada OnePlus 6

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Semalam, kami laporkan OnePlus 6 menerima skor sebanyak 96 daripada DXOMark. Sekali gus “membunuh” beberapa peranti kelas utama tahun 2017. Walau bagaimanapun, isu kamera OnePlus 6 tetap tidak diendahkan oleh OnePlus – apabila lengah masa berlaku jika mengambil swafoto berkumpulan.

Isu ini sudah pun dilaporkan sejak 29 Mei yang lalu melalui forum rasmi OnePlus. Hari demi hari, makin ramai pengguna yang melaporkan isu ini. Tetapi sehingga hari ini, bebenang forum ini masih tiada maklum balas rasmi daripada pihak OnePlus. Mereka seolah tidak hirau akan isu ini dan tidak mahu mengambil tindakan.

Perkara ini menyebabkan “kaki selfie” kecewa kerana mereka tidak boleh mengambil swafoto bersama-sama rakan, kekasih atau keluarga. Harap, pihak OnePlus akan mengambil tindakan dan baiki isu ini.


TIPS & ULASAN