Dengar
Fast.com merupakan salah satu laman yang disediakan oleh Netflix untuk membolehkan pengguna menyemak kadar kelajuan internet mereka. Sebelum ini, laman berkenaan sekadar menawarkan kemudahan untuk menyemak kadar kelajuan muat-turun sahaja. Hari ini, laman berkenaan dikemaskini dan menyertakan beberapa ciri-ciri baru.
Bermula hari ini, pengguna turut boleh menyemak kelajuan muat-naik anda, selain turut melihat kadar pendam masa.
Dengan adanya laman ini, ia sekaligus memudahkan lagi anda menyemak sama ada anda menerima kelajuan yang dijanjikan perkhidmatan internet anda atau sebaliknya dengan lebih mudah.
Layari : Fast.com