Cari @ Amanz

Grab sebelum ini pernah hadir dengan promosi khusus bersempena musim durian, dinamakan sebagai #GrabDurian – yang membolehkan pengguna membuat tempahan menggunakan aplikasi dan menerima buah durian dihantar kepada mereka.

Untuk tahun 2018, promosi berkenana kini kembali sekali lagi, tetapi dengan penawaran berbeza berbanding sebelum ini. Untuk tahun ini, pihak Grab dilihat ingin lebih mempromosikan penggunaan GrabPay serta membuka penawaran kali ini untuk pengguna di beberapa bandar seluruh negara.

GrabDurian

Melalui penawaran #GrabDurian ini, pihak Grab menawarkan diskaun sebanyak RM15 untuk pembelian durian di sejumlah lokasi terpilih – termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Pahang dan juga Sabah. Promosi ini hanya terhad pada 21 dan 22 Julai kelak, antara 2 petang hingga 10 malam.

Promosi ini juga terhad untuk 8000 pelanggan pertama, dan terhad untuk satu transaksi seorang pelanggan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd