Secara tradisinya jam tangan pintar Samsung akan dilancarkan pada penghujung Ogos di acara IFA. Tetapi menurut laporan dari Korea Selatan, tahun ini Samsung Galaxy Watch akan dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 9 pada 9 Ogos hadapan di acara Unpacked.
Menurut laporan yang sama sistem operasi Tizen akan digunakan bukannya Watch OS seperti yang didengari sebelum ini. Seperti Gear S3, Gear Watch juga akan ditawarkan dalam dua model dengan rekaan yang berbeza. Secara peribadi kami merasakan sistem operasi Tizen lebih menarik berbanding Watch OS. Jadi sekiranya laporan ini benar ia adalah berita yang amat menggembirakan. Misteri pelancaran Galaxy Watch akan terungkai dalam masa terdekat jadi kita tidak perlu menunggu lama untuk jawapannya.