EU Commission boleh dikatakan sangat aktif dalam memastikan pengguna di Eropah mempunyai akses yang saksama dan mengalakkan persaingan dikalangan pelbagai syarikat dirantau berkenaan. Terkini, ia dilihat EU Commission mendenda pihak Google sebanyak €4.3 bilion (~RM20.32 bilion) disebabkan beberapa perkara melibatkan sistem operasi Android.
Android merupakan sistem operasi mudah-alih yang ditawarkan oleh Google kepada para pengeluar peranti. Namun, Google menyediakan beberapa keperluan untuk pengeluar peranti menggunakan Android pada peranti mereka – sekaligus memberikan pengalaman menyeluruh sistem operasi berkenaan, termasuk antaranya adalah:
- Memerlukan pengeluar peranti untuk memasang aplikasi Google Search dan Google Chrome pada peranti Android
- Membayar pengeluar peranti untuk memasang Google Search secara eksklusif
- Menghehadkan pembangunan variasi Android berbeza (fork).
Ia dikatakan Google memerlukan pengeluar peranti untuk memasang aplikasi Google Search dan Chrome supaya pengguna dapat mengakses ke Google Play Store pada peranti Android.
Memandangkan Play Store merupakan antara perkara utama dalam memuat-turun pelbagai aplikasi ke peranti, maka pengeluar secara tidak langsung turut menyertakan kedua-dua aplikasi berkenaan pada peranti Android keluaran mereka.
Disamping itu, untuk menggunakan Google Play Store juga, pengeluar peranti perlu tidak membangunkan atau menjual peranti yang menjalankan variasi Android (fork).
We are fining Google €4.34 billion for illegal practices regarding Android mobile devices to strengthen dominance of Google's search engine. They have denied EU consumers the benefits of effective competition in the important mobile sphere.
Learn more → https://t.co/2gIPfCEtMp pic.twitter.com/VDQVEomyZY— European Commission ?? (@EU_Commission) July 18, 2018
Dengan kedua-dua langkah ini, ia dikatakan menghalang persaingan sihat – terutamanya dalam arena enjin carian dan pelayar web. Memandangkan kedua-dua perkara ini kini memainkan peranan penting pada peranti mudah-alih, Google dikatakan menghalang persaingan dan mendominasi ruangan berkenaan.
Selain denda ini, EU Commission juga mengarahkan Google supaya membenarkan pengeluar peranti untuk memasang aplikasi bukan-Google pada peranti Android, serta tidak melakukan tiga perkara yang dinyatakan.
Seperti biasa, bercakap mengenainya, pihak Google telah menyatakan mereka akan membuat rayuan untuk kes ini.
Rapid innovation, wide choice, and falling prices are classic hallmarks of robust competition. Android has enabled this and created more choice for everyone, not less. This is why we intend to appeal today's Android decision https://t.co/TnpMZlDV8j
— Sundar Pichai (@sundarpichai) July 18, 2018