Corning Memperkenalkan Gorilla Glass 6 – Dua Kali Ganda Lebih Baik Berbanding Gorilla Glass 5

Corning Memperkenalkan Gorilla Glass 6 – Dua Kali Ganda Lebih Baik Berbanding Gorilla Glass 5

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Gorilla Glass daripada Corning merupakan salah satu teknologi kaca yang digunakan secara meluas oleh pengeluar peranti pada skrin telefon pintar. Ia digunakan dalam usaha untuk mengurangkan kadar calar pada skrin, dan pada masa yang sama menawarkan ketahanan yang tinggi pada skrin.

Terkini, hari ini Corning telah mengumumkan teknologi kaca terkini mereka, iaitu Gorilla Glass 6. Corning mengatakan ia kini menawarkan lebih ketahanan berbanding generasi sebelum ini – dimana sehingga dua kali ganda lebih baik berbanding Gorilla Glass 5.

Gorilla Glass 6

Penggunaannya dikatakan memperlihatkan secara purata peranti terus selamat sehingga 15 kali jatuhan pada ketinggian 1 meter. Walaubagaimanapun, dari segi ketahanan calar, ia masih sama seperti generasi sebelumnya.

Pengeluar telefon pintar dijangka akan menggunakan Gorilla Glass 6 pada peranti mereka dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN