Cari @ Amanz

Penstriman video mengubah bagaimana kita menonton siri popular di kaca televisyen. Menonton rancangan kegemaran pada hari dan tarikh tertentu tidak lagi dilakukan. Sebaliknya keseluruhan siri boleh dimaratonton dalam masa sehari. Netflix ialah perkhidmatan penstriman video berbayar yang paling popular di dunia pada waktu ini.

Aplikasi Netflix untuk televisyen telah mula dikemaskini hari ini. Ini dilakukan bagi memudahkan lagi pengguna mencari rancangan yang menepati jiwa mereka. Pada sisi kiri terdapat menu yang memaparkan butang home. siri TV, filem, butang carian, senarai peribadi dan kandungan terbaru. Menurut Netflix, dalam ujian yang dilakukan menu baharu ini mempercepatkan proses pencarian program. Kemaskini akan diberikan secara berperingkat hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd