Ini Adalah Kenapa OnePlus 6 Tidak Mempunyai Sokongan Pengecasan Nirwayar

Ini Adalah Kenapa OnePlus 6 Tidak Mempunyai Sokongan Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

OnePlus adalah syarikat yang menghasilkan telefon pintar yang bermula dengan program biayasama pada OnePlus One. Tahun ini OnePlus sudah capai tahun keempat dan OnePlus 6 yang dilancarkan baru-baru ini adalah peranti yang kelapan mereka.

Terkini dalam temu bual terbaru CEO OnePlus Pete Lau melalui bebenang di forum rasmi OnePlus – beliau jelaskan lagi kenapa pengecasan pantas nirwayar masih tidak digunajan dalam peranti OnePlus.

Pihak OnePlus telah pun menguji pengecasan nirwayar ini. Lebih menarik, OnePlus bukan uji pengecsan nirwayar biasa tetapi pengecasan pantas nirwayar. Disebabkan pengecasan pantas (Dash) OnePlus sudah pun cukup pantas – jadi tiada pengecasan nirwayar yang cukup pantas dan yang pengguna boleh gunakan dengan baik. Hasil ujian mereka untuk pengecasan pantas nirwayar adalah – saiz peranti yang tebal dan tidak dapat lagi menyelesaikan isu peranti menjadi panas apabila sedang dicaj.

Disebabkan itu, Pete Lau mengatakan – buat masa ini pengecasan pantas sedia ada adalah lebih baik. Ini kerana ia lebih pantas dan juga stabil. Tetapi pihak OnePlus tidak akan mengalah dan akan tetap teruskan ujian.

Sewaktu pelancaran OnePlus 5T, kenyataan rasmi yang hampir sama turut telah mereka terbitkan. Kita mungkin akan lihat kehadiran pengecasan pantas nirwayar pada peranti OnePlus di masa akan datang.


TIPS & ULASAN