Kita sebelum ini telah melihat sejumlah syarikat hadir dengan dompet digital tersendiri untuk memudahkan transaksi nirtunai. Kini, ia dilihat pihak Prasarana turut menyertainya bersama, melalui aplikasi baru mereka dinamakan MyRapidTap.
Melalui MyRapidTap, pengguna boleh menyemak jadual perjalanan, melihat arah laluan dan sebagainya dengan mudah menggunakan aplikasi berkenaan. Dengan ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menjadualkan perjalanan mereka ke sesuatu destinasi dengan mudah menggunakan pengangkutan awam.
Menariknya, melalui aplikasi baru ini juga, MyRapidTap menyediakan sokongan dompet digital dan pembayaran menggunakan imbasan kod QR.
Melalui dompet digital ini, anda boleh membuat tambah-nilai ke dalamnya sebelum dapat menggunakan ia. Seperti biasa, selepas anda membuat tambah-nilai, anda boleh menggunakan ia untuk tujuan pembayaran, serta memantau perbelanjaan anda menggunakan dompet digital berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah sistem pembayaran nirtunai akan diimpelmentasikan pada pengangkutan awam milik Prasarana. Tetapi, dengan langkah awal pengenalan aplikasi ini, kita mungkin akan dapat melihatnya diperkenalkan tidak lama lagi.
Oh ya, mungkin juga pihak Prasarana perlu mengubah nama penerbit aplikasi kepada nama syarikat mereka supaya dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk memasangnya.
- Muat-Turun MyRapidTap untuk Android
- Muat-Turun MyRapidTap untuk iPhone