Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Telefon Pintar Masa Hadapan – OPPO Find X

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Telefon Pintar Masa Hadapan – OPPO Find X

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Tahun ini kita dapat lihat banyak telefon pintar dikeluarkan dengan rekaan takuk pada bahagian atas peranti. Rekaan takuk ini telah menjadi trend dan ikutan buat telefon-telefon pintar yang lain. Salah satu telefon pintar yang terkini yang tidak hadir dengan rekaan takuk adalah telefon pintar Find X keluaran OPPO.

Namun, apa yang membezakan telefon ini dengan yang lain adalah dari segi rekaannya yang premium dan menjadi tarikan unik dan rekaannya boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan. Bukan sahaja dari segi rekaan, malah dari segi spesifikasi dan ciri kameranya juga amat menarik dan menapati ciri ciri telefon pintar masa hadapan.

Rekaan Premium Masa Hadapan

Oppo Find X ditawarkan dengan rekaan yang cantik dan menampakkannya sebuah peranti yang mahal dan premium. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin 6.4 inci dengan paparan 1080p Full HD+ dan penggunaan panel berasaskan OLED. Rekaan hadapannya dilengkapi dengan gabungan dua kaca dan rekaan ini dinamakan sebagai rekaan Panoramic Arc Screen. Pada bahagian belakang peranti ini pula ia menawarkan rekaan berasaskan kaca dan boleh didapati dengan dua pilihan warna menarik iaitu Bordeaux Red dan Glacier Blue.

Oppo Find X

Tiada sebarang takuk disertakan pada model ini dan ia menawarkan nisbah skrin ke badan mencapai 93.8% dan merupakan yang tertinggi buat masa ini. Disebabkan model ini hadir dengan rekaan tanpa takuk, kamera hadapannya terletak pada binaan atas peranti yang boleh dikeluarkan dan disembunyikan secara mekanikal. Rekaan ini boleh digerakkan ke atas untuk mengeluarkan kamera dan kebawah untuk menyembunyikan kamera dan ia juga akan berfungsi sekiranya pengguna ingin menyah-kunci peranti berasaskan wajah. Binaan ini mampu dinaikkan dengan pantas dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk ianya dinaikkan. Pihak OPPO juga ada mengatakan yang mana rekaan ini mampu bertahan sehingga 300,000 kali bukaan atau kira-kira 5 tahun penggunaanya sekira ianya dibuka pada kadar 100 kali sehari.

Spesifikasi Terkini, Tertinggi dan Terpantas

Telefon pintar keluaran OPPO ini ditawarkan dalam satu pilihan storan iaitu sebesar 256GB storan dan memori 8GB RAM. Dari segi kegunaan antaramuka telefon pintar ini, ia menggunakan antaramuka Color OS 5.1 berasaskan Android 8.1 dan dikhabarkan bakal menyokong Android P pada masa akan datang. Penggunaan antaramuka ColorOS 5.1 ini menjadikan susunan homescreen lebih kemas, minimal dan moden.

Model janaan cip pemprosesan terkini iaitu cip Snapdragon 845 daripada Qualcomm ini juga menawarkan prestasi yang terpantas untuk telefon pintar Android buat masa ini. Hal ini juga dibantu oleh penawaran prestasi berasaskan CPU lapan teras. Telefon pintar ini juga hadir dengan pemproses grafik Adreno 630 dan dapat memberi kelancaran yang tinggi sehingga 30% lebih pantas berbanding cip Snapdragon keluaran sebelumnya dan amat membantu untuk melancarkan pergerakkan sekiranya pengguna ingin bermain permainan bergrafik tinggi.

Fungsi Menarik Pada Kamera 3D Berasaskan AI

Telefon pintar ini dibina dengan sistem dwi-kamera 16MP+20MP pada bahagian belakang. Manakala untuk kamera hadapannya pula, ia dibina dengan kamera 25MP dihadapan dengan binaan sensor 3D. Kamera telefon pintar ini juga didatangkan dengan keupayaan PDAF dan sokongan dwi-LED flash. Gambar yang cantik dan tajam dapat dirakam dengan kehadiran sistem penstabilan berasaskan optikal walaupun situasi sebenar subjek yang ingin diambil berada di kawasan yang kurang pencahayaan, begitu juga dengan rakaman video yang menjadikan hasil rakamannya lebih stabil.

Ciri Omoji juga telah siap terbina pada kamera hadapan telefon pintar ini dan ciri ini hanya terdapat pada OPPO Find X sahaja. Ciri Omoji ini membolehkan pengguna menggerakkan wajah animasi yang terdapat dalam ciri tersebut dan boleh diubah pergerakannya mengikut raut wajah pengguna.

Kualiti gambar yang dihasilkan dengan kamera OPPO Find X ini sangat memuaskan untuk kegunaan harian kerana penghasilan gambarnya sangat tajam dan terang walaupun persekitarannya berada di tempat yang gelap. Gambar yang dihasilkan tidak pudar dan tidak terlalu vibrant, malah kawalan kameranya juga menawarkan exposure yang sangat baik.

Walaupun pencahayaan belakang subjek adalah terang, penghasilan gambarnya amat memuaskan seperti diambil daripada kamera profesional. Pada kamera telefon pintar ini juga telah terbina satu fungsi AI yang mana dapat digunakan untuk meningkatkan mutu penghasilan gambar mengikut situasi berbeza. Hasil daripada teknologi AI yang digunakan amat membantu gambar yang dirakam untuk menghasilkan rakaman yang tajam dan cantik.

Kamera hadapannya juga dapat manjadikan gambar anda menjadi cerah walaupun fungsi beautification telah dimatikan. Ia juga hadir dengan fungsi Portrait Mode untuk kebolehan blur pada bahagian belakang wajah. Gambar swafoto yang diambil juga akan menjadi terang walaupun pencahayaan sekeliling subjek adalah gelap.

Ciri Kamera Stealth 3D Yang Boleh Mengecam 15,000 Titik Infra-Merah

Binaan mekanikal pada bahagian atas peranti yang boleh dinaikkan dan diturunkan tersebut dilengkapi dengan kamera Stealth 3D iaitu sejumlah sensor imbasan wajah yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan terutamanya menyah-kunci peranti dengan pantas walaupun persekitarannya adalah gelap. Teknologi kamera daripada OPPO ini membolehkan proses pengecaman wajah pengguna dibuat dan wajah pengguna akan diimbas dengan menggunakan 15,000 titik infra-merah sekaligus menjadikan proses untuk menyah-kunci berasaskan bawah menjadi 20 kali lebih pantas berbanding pengimbas cap jari.

Bateri Berkapasiti Tinggi Dengan Sokongan Pengecasan Pantas

Oppo Find X menawarkan bateri berkapasiti tinggi iaitu sebesar 3730mAh. Dengan kapasiti sebesar ini, ia boleh dicas pada kadar 75% dalam masa 30 minit pengecasan sahaja. Pengecasan bateri ini disokong oleh pengecasan pantas VOOC dan dapat memberi bacaan Screen on Time (SoT) sekitar 5 jam melalui pengoptimasian tenaga daripada cip Qualcomm. Port pengecasan yang digunakan adalah USB Type-C yang boleh diterbalikkan yang juga boleh merupakan bicu audio.


Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa rekaan OPPO kali ini telah memberikan satu inovasi kepada rekaan takuk yang sedia ada. Medium yang digunakan untuk mengeluarkan kamera  dan menyembunyikan takuk amatlah berbeza dengan rekaan sedia ada sekaligus menjadikan rekaan peranti ini sebagai penanda aras yang baru untuk rekaan takuk sekarang. Spesifikasi telefon pintar ini juga amat baik dan mengikuti standard pada kebanyakan peranti daripada kelas flagship yang lain. Di pasaran tempatan, telefon pintar keluaran OPPO ini boleh dipra tempah melalui laman rasmi Oppo hari ini dan akan mula dijual pada harga RM3699 bermula 5 Ogos kelak.

Penafian: Advertorial dari OPPO


TIPS & ULASAN